
Ramai orang ingat Shakespeare yang lontarkan quote di atas, sebenarnya bukan. Ramai orang ingat Romeo and Juliet adalah karya asli Shakespeare, sebenarnya bukan. Nampak macam aku nak cerita pasal Shakespeare, sebenarnya bukan. Eh?
Pengharapan adalah punca segala kekecewaan. Puas aku nak terjemah benda alah ni. Realiti yang tak berlaku seperti diharapkan, itulah definisi kekecewaan yang tersirat.
Adakah bermakna kalau aku rendahkan pengharapan aku, kekecewaan boleh dielakkan? Mungkin. Perlukah aku rendahkan pengharapan aku untuk mengelakkan kekecewaan? Mungkin tidak. Disebabkan takut menghadapi kekecewaan, ramai orang takut untuk mengharap. Memang pengharapan mempunyai risikonya.
Tapi kalau pengharapan itu punca segala kekecewaan, tentu ia boleh jadi punca kebahagiaan jugak, kan? Sebab kadangkala, realiti berlaku seperti yang diharapkan, malah ada masanya melebihi jangkaan. Jadi, walaupun berisiko, pengharapan itu perlu untuk mengejar kebahagiaan.
P.S. Aku sebenarnya bukan nak huraikan quote ni, tapi nak kaitkan dengan perihal peribadi. Malangnya, dalam kemerapuan dan ketaksampaian hati, semuanya tak terkeluar. Agak mengecewakan jugaklah bila kau berharap yang kau boleh luahkan dengan sempurna tapi kau gagal!
Takpelah, tak payah nak terbuka sangat. Mungkin perlu tinggalkan blog ni khas untuk berkongsi perkara-perkara yang boleh mendatangkan manfaat kepada umat manusia sahaja. Cerita-cerita sebalik tabir, di Facebook dan Twitter tempatnya.
P.S.S. Shakespeare juga seorang INFP!
ramai orang nasihatkan jangan mengharap apa-apa apabila tahun kewangan syarikat berakhir… err… i know this is not relevan at all… huhuhu
Hehe relevan untuk diri sendiri. Bak kata kaklily, tafsir/relate ikut pengalaman & persepsi masing-masing
Rasa macam faham apa yang So’od nak sampaikan.
Tapi kadang kita mentafsir sesuatu mengikut acuan berbeza.
Separuh pengalaman, separuh lagi persepsi
Barangkali.
p.s. Email sudah terima?
Betul. Lebih baik ungkapkan secara umum supaya semua dapat mentafsir ikut acuan sendiri daripada ungkapkan secara spesifik sampai menyinggung individu tertentu.
Emel diterima. Nanti saya uruskan, dalam minggu depan. Tenkiu